Kampar (Inmas) - Alhamdulillah, lembaran sejarah telah membuatkan kita bertemu dan bersama di atas semangat dakwah yang sama, iaitu membebaskan masyarakat daripada 'Taqlid' ikutan, menuju era pembaharuan agama yang turut dikenali sebagai 'Tajdid' dan seruan untuk beramal berdasarkan kepada dalil-dalil yang sahih daripada AI-Quran dan AI-Sunnah. Demikian disampaikan Raja Muda Perlis Malaysia Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluddinlai dalam acara lawatannya di Pondok Pesantren Mu'alimin Muhammadiyah Bangkinang Kabupaten Kampar pada hari Selasa, (12/11/2019).
Dalam sambutannya DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengatakan, Tujuan dan objektif utama lawatan dan ziarah tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk memanjangkan semangat persaudaraan dan kerjasama yang terjalin khususnya di antara negeri Perlis dan Muhammadiyah.
“Sekadar niat yang baik, tanpa rujukan kepada kaedah dan cara beragama yang benar tidak akan memandu manusia melainkan ke arah kesesatan, sebagaimana terjadi kepada agama-agama yang lain. Di atas dasar itulah, Saya lihat, Perlis dan Muhammadiyah berkongsi idea dan tujuan yang sama, iaitu gerakan ke arah penyucian agama daripada budaya 'taq/id' tanpa soal kepada ikutan berdasarkan ilmu dan kaedah yang benar ujar Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluddinlail.
Raja Muda Perlis itu juga menyampaikan Dari semangat juang dan dakwah yang sama inilah, pada lazimnya unsur persahabatan dan ukhwah Islam akan timbul. Kiblat dan arah tuju yang sama, kerapkali menghadiahkan sahabat dan teman dalam memenuhi objektif ini. Hal inilah, yang Saya lihat membuatkan kita semua berkumpul pada hari ini. Di antara tanda kasih dan sayang itu ialah saling menziarahi dan mengambil manfaat di antara satu sama lain.
“Mudah-mudahan dengan ziarah akan terjalin ikatan yang lebih erat dan kerjasama yang lebih jitu di antara kita. Saya percaya, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAlPs), Jabatan Mufti Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis sudahpun beberapa kali melakukan ziarah mahabbah ke pusat dan cawangan Muhammadiyah. Begitu juga wakil dan pihak Muhammadiyah ke negeri Perlis.
Raja Muda Perlis juga menambahkan Pelbagai lontaran idea dan perkongsian ilmu telah berlaku, yang mana Saya harap sudah mula menampakkan buah dan hasilnya. Saya turut berharap agar persahabatan dan kerjasama ini kekal erat selagi mana dapat dimanfaatkan dalam jalan dakwah yang telah kita pilih bersama ini. (Ags/Usm/Mjs)